Friday, March 23, 2007

Merancang perjalanan kita

Merancang perjalanan kita

Sekiranya kita ingin mengembara atau pergi ke mana-mana destinasi yang kita inginkan, perancangan adalah sesuatu yang penting. Jika kita teringin untuk mengikuti pelayaran melalui laut, kita perlu membuat tinjauan atau research, dengan pergi mencari agen perlancongan untuk menentukan kapal apakah yang terbaik, kos yang dikenakan dan lain-lain. Kita juga perlu merancang apakah pakaian yang paling sesuai untuk dbawa dan lain-lain keperluan lagi. Begitu juga sekiranya kita merancang untuk menggunakan cara pengangkutan yang lain.

Dalam erti kata lain, jika kita mempunyai pengalaman, kita dapat menjangkakan setiap keadaan yang bakal kita hadapi dan bersedia untuk menghadapinya. Begitu juga sekiranya anda merancang mencipta sesuatu kejayaan untuk diri anda, anda perlu bersedia dan merancang perjalanan ke arah kejayaan. Sekiranya anda masih belum memiliki ilmu tentang apa yang anda rancangkan, berusahalah untuk mendapatkan ilmu dan maklumat, supaya anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sediakan diri anda sebaiknya, sentiasalah berfikiran positif dan yakin tentang kebolehan diri anda sendiri.Insya ALLAH kejayaan menjadi milik anda.

No comments: