Showing posts with label Motivations. Show all posts
Showing posts with label Motivations. Show all posts

Sunday, June 10, 2007

Learn From The Eagle

The story of the eagle...


The eagle has the longest life-span of its' species.


It can live up to 70 years. But to reach this age, the eagle must make a hard decision in its' 40's.


Its' long and flexible talons can no longer grab prey which serves as food.


Its' long and sharp beak becomes bent.


Its' old-aged and heavy wings, due to their thick feathers, become stuck to its' chest and make it difficult to fly.


Then, the eagle is left with only two options : DIE or GO THROUGH a painful process of change which lasts 150 days.


The process requires that the eagle fly to a mountain top and sit on its' nest.


There the eagle knocks its' beak against a rock until it plucks it out.
After plucking it out, the eagle will wait for a new beak to grow back and then it will pluck out its' talons.



When its' new talons grow back, the eagle starts plucking its' old-aged feathers.


And after five months, the eagle takes its' famous flight of rebirth and lives for...
30 more years




Wednesday, June 6, 2007

Team Work

A team should be like this :


Thursday, May 3, 2007

I Wish You All The Best !!!

CONFIDENCE - When someone tells you that you can't do something ?


Look around ?


Consider all options ?


Then GO for it !


Use all the things God gave you !


Be creative !


In the end, you will succeed and prove them wrong !



Always remember...

"Where there is a will, there is a way"

"Dream high, Jump with your goals and Fly out in colours !!!"

Monday, April 30, 2007

Just how small are we, here on Earth ?

Hi All,


Now, THIS is really fascinating - I've never really given this any thought whatsoever, but it's rather dazzling to see it presented this way.





I certainly thought this was enlightening. Didn't even realize we knew much beyond our sun...

It's a big universe.




Antares is the 15th brightest star in the sky.

It is more than 1000 light years away.

…so …how significant should we really be feeling, right about now?

And to think that each of us is but one person (out of a few billion) on earth and The Creator cares about each of us.

Pretty awesome.

Friday, March 23, 2007

Keunikan seseorang

Keunikan seseorang

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan ?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH !

Merancang perjalanan kita

Merancang perjalanan kita

Sekiranya kita ingin mengembara atau pergi ke mana-mana destinasi yang kita inginkan, perancangan adalah sesuatu yang penting. Jika kita teringin untuk mengikuti pelayaran melalui laut, kita perlu membuat tinjauan atau research, dengan pergi mencari agen perlancongan untuk menentukan kapal apakah yang terbaik, kos yang dikenakan dan lain-lain. Kita juga perlu merancang apakah pakaian yang paling sesuai untuk dbawa dan lain-lain keperluan lagi. Begitu juga sekiranya kita merancang untuk menggunakan cara pengangkutan yang lain.

Dalam erti kata lain, jika kita mempunyai pengalaman, kita dapat menjangkakan setiap keadaan yang bakal kita hadapi dan bersedia untuk menghadapinya. Begitu juga sekiranya anda merancang mencipta sesuatu kejayaan untuk diri anda, anda perlu bersedia dan merancang perjalanan ke arah kejayaan. Sekiranya anda masih belum memiliki ilmu tentang apa yang anda rancangkan, berusahalah untuk mendapatkan ilmu dan maklumat, supaya anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sediakan diri anda sebaiknya, sentiasalah berfikiran positif dan yakin tentang kebolehan diri anda sendiri.Insya ALLAH kejayaan menjadi milik anda.

Usaha dan terus usaha

Usaha dan terus usaha

Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan memperolehinya dengan mudah. Adakalanya kita akan diuji dan terus diuji sebelum kita benar-benar mencapai apa yang kita inginkan. Ada yang diuji dengan kepayahan dan kesusahan, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Ada juga yang diberikan apa yang kita pinta tetapi diambil balik sesuatu yang kita sayang dan menjadi milik kita selama ini. Setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya. Mungkin ada sesuatu yang tersirat tidak anda ketahui, tetapi mempunyai hikmah yang amat besar, di mana hanya ALLAH yang mengetahui rahsia disebaliknya.

Kadangkala kita tidak pernah tahu apa kelebihan yang dimiliki oleh diri kita sendiri. Kita hanya menyedari apabila diuji dan terus diuji dengan dugaan yang bertimpa-timpa, Apabila kita berjaya mengharungi dan melepasi semua dugaan tersebut, ketika itulah kita akan sedar, betapa tabah dan sabarnya kita dalam mengharungi ujian tersebut. Betapa kita bersemangat kental dalam melawan arus dugaan dalam kehidupan kita. Apa yang penulis perkatakan di atas, bukan sekadar leteran atau omongan kosong. Semuanya dicoret berdasarkan pengalaman yang telah penulis tempuhi selama ini. Pengalaman yang benar-benar mengajarnya sebuah kehidupan dan mematangkan untuk terus mengharungi kehidupan yang akan datang dan sentiasa bersedia untuk menghadapi dugaan ALLAH samada diduga dengan kesenangan atau kesusahan.

Peringatan! Dugaan ALLAH bukan hanya diuji dengan kesengsaraan tetapi juga dengan kesenangan.

Renung kembali kehidupan kita ketika ini, senangkah kita? atau susahkah kita? Sekiranya ketika ini, kita sudah memiliki apa yang kita inginkan, bersyukurlah kita dengan nikmat ALLAH. Sentiasalah berusaha untuk terus hidup dalam keredhaan ALLAH. Sekiranya ketika ini kita masih bertungkus lumus untuk mengubah kehidupan kita, teruskanlah berusaha di samping berdoa kepada ALLAH, kerana hanya kepadanya tempat kita meminta. Kejayaan atau kegagalan bukanlah satu destinasi, tetapi ianya adalah satu pengembaraan yang amat panjang dan kita tidak pernah tahu bilakah kita akan mencapai destinasi tersebut. Oleh itu, selagi kita hidup, teruskanlah berusaha. Semaikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam hidup. InsyaALLAH kejayaan akan menjadi milik kita.